Assalamualaikum…
Lamanya tidak menulis. Harini mc jadinya ada mood nak buat sedikit catatan sebagai kenangan atau manatau sape2 yg tengah mencari maklumat ttg Pulau Pangkor.
Sebenarnya cuti ni rancang nk pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur saja (PBAKL). Muiz ada masuk pertandingan khat jadinya tak boleh nak jalan jauh. So ini lah hari yang berbaki. Ahad dah nak kena balik asrama.
Khamis lepas kerja terus kami balik rumah packing barang dan gerak di lumut. Tido semalaman. Hotel Brezza adalah hotel yg selesa dan bersih. Towel macam baru je. Putih suci. Toilet pun cun. Kecik biasalah nk buat tido je pun sb awal esoknya nk keluar dah.
Harga RM76.21 book melalui Agoda
Sampai je lumut singgah makan kejap dekat kedai makan sebelah parking majlis tu, sebenarnya kami ronda2 dlu fikir kt mana nak parking. Mmg byk dan luas ok cunn.
Harga Teh panas + ais kosong + nasi goreng ikan masin + nasi goreng USA + nasi goreng = 3+.++ lupe harga
Awal pagi tu bangun keluar MasyaAllah mmg betul2 tepi laut semalam Xnampak sb sampai tgh malam, nampak bantal dan tilam saja kihkihkih. Kalau duduk seharian boleh jogging kt sini tapinya kami dh terus check out sb nk ambik tiket awal ke pulau. Awal pun Xawal lah sb dpt tiket pukul 10 dh habis. Adeh. Sebab parking tinggi sangat nak yang berbumbung jadinya meronda lah sikit cari parking. Berbaloi uolss murah dan selamat In Shaa Allah.
Harga parking rm15/day (tapinya keluar haritu day ke2 kira jam sb rm26 je)
Sementara tgu tiket kami breakfast la dulu dekat2 jeti lumut memang banyak kedai makan dan selesa.
Harga breakfast : mcm biasa je normal kami ber3 Xsampai rm30 pun.
Tiket feri pukul 11 Harga rm14/pergi balik. Tiket kena scan masa nak masuk feri dan bila sampai ke Pangkor pergi la booking siap2 pukul berapa nak balik esoknya sb takut full pula kan. Kami ambik masa paling last 5:45. Bila time nk balik adeh awal la pulak tapi alhamdulillah sb ada pengumuman sape nak belik awal jadinya kami tukar masa ke pukul 4:15 sb Xtau nak kemana dah.
Naik feri lebih kurang 30minit je. Maka sampailah kami ke Pulau Pangkor. Alhamdulillah.
Kos harini.
1. Minyak kereta full tank RM90
2. Dinner RM30
3. Tiket feri Rm14 x 3= RM42
4. Breakfast RM30
5. Brezza Hotel RM70
Jumpa next day 2…